Aesthetic Meal Planner
Pengenalan
Kenapa Meal Planner?
Pasti anda mengalami kesukaran nak tentukan lauk apa ingin dimasak atau bekal apa yang perlu dibawa hari ni kan? Sudah pasti ya. Walaupun ada hari kita sudah plan nak masak apa, pasti ada hari yang lain kita sangkut dan susah nak buat keputusan.
Jadi, dengan template Meal Planner yang ada ini dapat membantu menjimatkan masa anda merancang bekal anda setiap hari dan setiap minggu.
Apa yang ada di dalam?
- Overview mealplan setiap hari
- Overview mealplan setiap minggu
Saya harap dengan template Meal Planner ini dapat membantu anda sama ada merancang bekal setiap hari untuk anak-anak atau suami atau isteri atau untuk anda sendiri.
Untuk kegunaan sendiri
Template ini adalah percuma untuk kegunaan anda sendiri. Jika anda ingin berkongsi dengan kenalan anda, saudara, sahabat atau sesiapa sahaja boleh kongsikan link Gumroad shop page ini.
Anda boleh mengubah template ini mengikut keperluan anda. Template ini tidak boleh digunakan dalam apa jua cara sekalipun di mana anda mengenakan bayaran, atau menerima sebarang bentuk imbuhan. Anda juga tidak boleh menjual semula, memberi lesen atau mensublesenkan template ini.
FAQs:
1. Notion itu apa?
Notion adalah all-in-one workspace yang membolehkan anda mencatat nota, menambah tugasan/task, mengurus projek secara teratur dan tersusun. Sama ada anda sedang menulis atau merancang, Notion adalah apps yang versatile untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Template Notion itu apa pula?
Template Notion adalah pre-built komponen Notion yang boleh diimport ke dalam Notion workspace anda dan merupakan cara terbaik untuk meningkatkan produktiviti anda dalam Notion.
3. Bagaimana saya akan menerima template tersebut?
Selepas memasukkan amaun $0 dalam pembelian, anda akan menerima link/pautan untuk "duplicate" template Notion ke workspace anda.
4. Perlukah saya buat bayaran untuk menggunakan Notion?
Tidak perlu. Notion ada menawarkan pelan percuma (free plan).
5. Kenapa di platform Gumroad?
Saya pasti ramai tertanya-tanya kenapa saya meletakkan template ini di platform Gumroad daripada platform yang boleh membuat bayaran dalam Ringgit dan mempunyai kaedah pembayaran FPX.
Saya sudah bertanya dengan ramai pengguna dan mereka mengatakan tidak ada masalah dan proses pembayarannya adalah ringkas dan mudah dan masih boleh menggunakan kaedah Kad Debit.
6. Kalau saya ada soalan?
Hubungi saya terus di Twitter, Tiktok, Instagram atau hubungi saya terus di Whatsapp.
Terima kasih! 😊